Rabu, 16 Julai 2014

Kembara Alam


                Tinggalan serpihan bom zaman Perang Dunia Kedua di Pulau Manukan, Sabah


 Angin laut...terasa haba masinnya,,,teman penulis dalam keasyikan menikmati pemandangan dari tebing pantai Pulau Manukan.


                           Perjalanan menuju ke Pulau Manukan lebih kurang 25 minit dari bandar KK.

Rombongan kelas PISMP GSTT BM 1 diketuai oleh Saudara Roslin Wayleh ( Life jacket Merah hitam ) sampai di jeti. Turut kelihatan beberapa pelancong yang singgah di jeti.

Suasana berhujung minggu di Pulau Manukan. Terima kasih kepada rakan-rakan PISMP GSTT BM kerana sudi meluangkan masa bersama untuk mengukuhkan lagi tali silaturahim sesama kita.



Isnin, 14 Julai 2014

Khamis, 17 April 2014

Guru Yang Sekarang

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tugas guru dewasa kini bukanlah seperti tugas seorang guru di zaman P. Ramlee dahulu kala. Sistem pendidikan di Malaysia kini sentiasa menyaksikan perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan. Di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dilancarkan. Pelbagai reaksi dan persepsi yang timbul khususnya daripada golongan pendidik sendiri.
Pelan  Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang penting dan amat getir kerana dalam tempoh tersebut kita akan melalui tahun 2020 yang menaik taraf Malaysia untuk berstatus negara maju. Antara perubahan besar yang akan dilaksanakan ialah memperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula pada tahun 2017.
Sehubungan dengan itu, peranan guru dalam melaksana pengajaran yang berkesan pastinya menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru, guru perlu melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Kekuatan pembelajaran murid dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Guru perlu berusaha gigih menerap nilai murni, disiplin kendiri dan semangat patriotisme di kalangan murid untuk dihayati dan akan menjadi amalan dalam kehidupan seharian di kalangan murid sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
Guru juga mesti memahami dan mengajar berpandukan carta aliran kerja pengajaran dan pembelajaran ( pdp ) serta menggunakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelbagai aras tahap pencapaian murid. Pengajaran yang dilaksanakan semestinya menghasilkan pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan tingkah laku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkah laku positif yang dapat menunjukkan murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu.
Kesimpulannya, tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pendidik atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar



Pencinta Ilmu


Bahan Bantu Mengajar

Menyingkap kembali ke alam persekolahan pada sekitar tahun 90-an, guru-guru sekolah rendah sememangnya cukup sinonim dengan penggunaan kertas mahjong putih, papan hitam, dan buku teks dalam sesi P&Pnya. Kini, era teknologi maklumat pula terdiri daripada pelbagai bahan bantu mengajar ( bbm ) seperti slide projector, radio, tv, computer dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa bbm  merupakan medium utama yang diperlukan oleh guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid mereka. Sherwin G   ( 1963 ) menyifatkan hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

            Penggunaan bbm ini nyata banyak memberikan impak yang amat besar kepada guru dalam usaha mempertingkatkan mutu P&P bilik darjah. Antara rasionalnya adalah berkeupayaan untuk mencetuskan minat pelajar untuk terlibat aktif dalam pembelajaran. Selain itu juga penggunaan bbm ini secara tidak langsung mendorong  pelajar untuk menguatkan kefahaman dan corak pembelajaran mereka. Namun demikian, dalam menyediakan bbm, guru-guru perlu mengambil kira aspek-aspek dan kriteria penting yang diperlukan dalam pembinaan bahan pengajaran.

Dalam pemilihan bahan untuk menjalankan aktiviti literasi bahasa, beberapa prinsip khusus telah diketengahkan untuk diambil kira oleh para pendidik. Prinsip yang pertama merujuk kepada objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dicipta mestilah saling berhubung dengan objektif yang telah ditetapkan. Maksudnya, objektif pengajaran dan pembelajaran ditentukan terlebih dahulu sebelum mencipta bahan bantu mengajar agar objektif yang ingin dicapai bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut dapat dicapai dengan satu cara pembelajaran yang menarik malah dapat merangsang minda pelajar melalui satu medium bahan bantu belajar.