Khamis, 17 April 2014

Pencinta Ilmu


Bahan Bantu Mengajar

Menyingkap kembali ke alam persekolahan pada sekitar tahun 90-an, guru-guru sekolah rendah sememangnya cukup sinonim dengan penggunaan kertas mahjong putih, papan hitam, dan buku teks dalam sesi P&Pnya. Kini, era teknologi maklumat pula terdiri daripada pelbagai bahan bantu mengajar ( bbm ) seperti slide projector, radio, tv, computer dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa bbm  merupakan medium utama yang diperlukan oleh guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid mereka. Sherwin G   ( 1963 ) menyifatkan hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

            Penggunaan bbm ini nyata banyak memberikan impak yang amat besar kepada guru dalam usaha mempertingkatkan mutu P&P bilik darjah. Antara rasionalnya adalah berkeupayaan untuk mencetuskan minat pelajar untuk terlibat aktif dalam pembelajaran. Selain itu juga penggunaan bbm ini secara tidak langsung mendorong  pelajar untuk menguatkan kefahaman dan corak pembelajaran mereka. Namun demikian, dalam menyediakan bbm, guru-guru perlu mengambil kira aspek-aspek dan kriteria penting yang diperlukan dalam pembinaan bahan pengajaran.

Dalam pemilihan bahan untuk menjalankan aktiviti literasi bahasa, beberapa prinsip khusus telah diketengahkan untuk diambil kira oleh para pendidik. Prinsip yang pertama merujuk kepada objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dicipta mestilah saling berhubung dengan objektif yang telah ditetapkan. Maksudnya, objektif pengajaran dan pembelajaran ditentukan terlebih dahulu sebelum mencipta bahan bantu mengajar agar objektif yang ingin dicapai bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut dapat dicapai dengan satu cara pembelajaran yang menarik malah dapat merangsang minda pelajar melalui satu medium bahan bantu belajar.




Tiada ulasan: